Kate Winslet Dedah Tabiat Pelik Sebelum Rakam Babak Intim Bersama Leonardo Dicaprio Dalam 'Titanic'

Kate Winslet ialah seorang pelakon yang cukup pakar dalam lakoannya sama ada komedi, aksi mahupun romantik. Namanya sudah gah dan tidak lagi perlu diperkenalkan lagi. Jika kita throwback balik filem-filem lakonannya di era 90an, pastinya filem Titanic ialah sebuah filem yang akan dikenang sepanjang zaman.



Filem yang menggandingkan Kate Winslet bersama Leonardo DiCaprio itu antara filem yang mendapat kutipan tertinggi di dunia. Pastinya, apabila bercakap berkenaan filem ini, akan terbit soalan-soalan tentang adegan intim Kate Winslet dan Leonardo di dalam filem berkenaan. 

Dalam satu temubual bersama Rolling Stone, Kate Winslet berkongsi bagaimana dia mampu mencipta keselesaan untuk melakonkan adegan intim dalam filem berkenaan bersama Leonardo Dicaprio.

We’d do the most ridiculous things to each other. He’d be tickling me, groping me, winding me up. And I’d be doing the same thing back, sort of grabbing his bum.

Selain itu, Kate Winslet turut berkongsi tentang pengalaman melakonkan adegan intim sebelum Titanic melanggar iceberg.  

“even though I didn’t feel that way about Leo, it was quite nice to sort of feel that way in the scene. It was quite lovely. And then, y’know, the camera stopped rolling, and he gets up and walks off, and the scene’s done.”

Dia juga turut menyatakan rasa kesal melakonkan babak berkenaan selepas tamat penggambaran kerana Leomardo Dicaprio yang terus bangun ketika dia masih lagi berada dalam emosi watak lakonannya. 

TAPAK TANGAN ADEGAN INTIM JACK AND ROSE MASIH KEKAL HINGGA KINI!

Kate Winslet dilahirkan di England pada 1975. Dia dilahirkan di dalam keluarga artis yang akhirnya membawa dirinya untuk mengejar peluang menjadi pelakon yang berjaya. Takdirnya menemukannya dengan kejayaan apabila dia membintangi filem Titanic pada 1997. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan