Header Ads Widget

Zack Snyder Tampil Dengan Filem Style 'Star Wars' Bertajuk 'Rebel Moon' Untuk Netflix

Filem Army of the Dead arahan Zack Snyder sememangnya menjanjikan pulangan yang begitu lumayan untuk Netflix. Filem tersebut sudah pun ada dua prekuels yang sudah bersedia untuk dilepaskan bertajuk Army of Thieves dan juga versi animasi, Army of the Dead, Lost Vegas.



Nampaknya, selepas keluar dari kepompong superhero di Warner Bros, Netflix nampaknya nampak peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dengan pelbagai projek di masa akan datang. 

Menurut The Hollywood Reporter, Zack Snyder bakal mengarahkan filem terbaru yang bakal ditayangkan di Netflix. Filem tersebut yang diberi tajuk Rebel Moon akan berkisar tentang sebuah koloni di sebuah galaksi yang diancam perperangan oleh seorang pemerintah kejam bernama Balisarius.

Satu-satunya harapan koloni tersebut ialah seorang wanita dengan kisah silam yang sangat misteri yang dihantar ke sebuah planet untuk mencari pembela koloni tersebut.

Filem ini bakal menulis lakonlayar filem ini bersama Shay Hatten yang merupakan penulis lakonlayar Army of the Dead dan Kurt Johnstad yang merupakan penulis lakonlayar filem 300.

Dalam temubual, Zack Snyder menyatakan filem ini bakal diinspirasikan daripada Star Wars dan filem-filem arahan Akira Kurosawa.

This is me growing up as an Akira Kurosawa fan, a Star Wars fan. It’s my love of sci-fi and a giant adventure. My hope is that this also becomes a massive IP and a universe that can be built out.
Rebel Moon sebenarnya ialah sebuah filem ala-ala Seven Samurai yang mana pernah dicadangkan untuk menjadi kisah dalam filem-filem Star Wars. Namun, idea filem ini gagal dan akhirnya memilih untuk mencipta kisah asing berdasarkan idea berkenaan. Elemen-elemen Star Wars di dalam naskah asal dibuang dari idea ini untuk menjadikan Rebel Moon sebuah filem tunggal yang asing.

Buat masa ini, tiada tarikh tayangan untuk filem ini. Malah pelakon filem ini masih lagi belum diumumkan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments