Scott Adkin Bakal Sertai Barisan Pelakon 'John Wick 4'

Pelakon aksi Scott Adkin dilaporkan bakal terlihat dalam penggambaran filem keempat John Wick yang kini sudah pun menjalani penggambaran. Sebelum ini, dilaporkan bahawa pelakon Donnie Yen sudah menyertai barisan pelakon filem tersebut disamping Hiroyuki Sanada, Shamier Anderson, Bill Skarsgard, Shamier Anderson dan Rina Sawayama.



John Wick 4 pada asalnya dirancang untuk tayangan pada 21 Mei 2021 namun ditunda ke 27 Mei 2022 kerana pandemik Covid-19.

Menurut Deadline, Scott Adkin kini dalam perancangan untuk dimasukkan dalam barisan pelakon. Namun, setakat ini, watak apa yang akan dipegang oleh pelakon itu masih belum diketahui. Scott Adkin tidak asing bagi dunia aksi seni bela diri. Filem seperti Undisputed dan juga The Expendables 2 antara yang menaikkan namanya.

Pelakon ini juga turut terlibat dalam filem Ip Man 4 pada 2014. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan