Scarlett Johansson Dedah Plot Filem 'Black Widow' Yang Tidak Dipersetujui Kevin Feige

Selepas kemunculan watak Black Widow dalam filem Iron Man 2, para peminat ingin melihat watak ini beraksi dalam filem solo. Namun, sepanjang MCU berjalan sehinggalah ke Avengers: Endgame, Black Widow a.k.a Natasha Romanoff seakan tidak ada peluang untuk ada filem solo.



Kini, selepas sekian lama, Marvel Studios akhirnya menerbitkan filem Black Widow yang mana akan berkisar berkenaan watak tersebut. Filem ini juga sebenarnya ada versi lain yang tidak dipersetujui Kevin Feige.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh Scarlett Johansson dalam satu temubual bersama MTV News: 

There was a version of it that was very status quo. Yelena and Natasha are adversaries and Yelena's trying to dethrone her, like whatever spy espionage version [that] was. I was like, 'I cannot go back to work for this.' And then there was another version that I had developed that was really existential, kind of weird. And Kevin Feige was like, 'I don't think I can come into work for this' (laughs). It was weird, I liked it.

Walaupun dalam temubual itu tidaklah didedahkan kisah filem Black Widow yang gagal dijadikan filem itu secara terperinci, nampaknya Scarlett Johansson seakan-akan masih merasakan ideanya agak bagus untuk difilemlkan.

Black Widow kini sudah ditayangkan di platform Disney+ dan para penonton perlu mengakses VPN untuk menontonnya. Ianya ialah penampilan terakhir Black Widow dari Scarlett Johansson. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan