Header Ads Widget

Zack Snyder Berminat untuk Bikin Filem Animasi 'Dragon Ball Z'

 Zack Snyder telah menyatakan hasratnya untuk mengarahkan adaptasi filem untuk animasi Dragon Ball Z jika ada peluang baginya. Pengarah yang terkenal dengan adaptasi komik seperti 300, Watchmen dan juga filem DCEU seperti Justice League kini dalam proses eksplorasi dunia pengarahan filem animasai dengan beberapa projek di Netflix.

Adaptasi animasi dari negara Asia yang kemudiannya dibaratkan bukanlah peraka luar biasa. Sebelum ini, Netflix pernah membina anime mereka sendiri untuk tontonan penonton Barat dari idea animasi Asia seperti Death Note dan seangkatan.  

Dalam satu temubual bersama Tyrone Magnus dalam mempromosikan filem Army of the Dead, dia ditanyakan tentang kemungkinan untuk dia mengarahkan filem animasi Dragon Ball Z. Namun, Zack Snyder menjawab soalan tersebut secara umum. 

"I would consider that. I mean, if it came right. But definitely, I would do an anime remake or live-action. That would be fun because I love animation, and I watch a ton of anime with my kid who’s too young to watch it but we watch anyway (laughs)."
Selepas projek bersama Warner Bros selesai, nampaknya Zack Snyder mula mendekatkan diri dengan projek daripada Netflix dengan terbitnya Army of the Dead. Pada masa yang sama, Zack Snyder juga sedang membikin filem adaptasi kisah King Arthurnya tersendiri.

Buat masa ini, hakcipta Dragon Ball Z masih belum dibeli oleh Netflix. Malah, kelihatan seperti tiada studio yang berminat untuk mengadaptasi animasi itu selepas kegagalan filem Dragonball Evolution yang diterbitkan pada 2009. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments