Watak Snake Eyes Tidak Akan Dibisukan Sehingga Sekuel Akan Datang

Penerbit filem Snake Eyes: G.I Joe Origins, Lorenzo di Bonaventura menjelaskan bahawa filem asal usul Snake Eyes tidak akan membisukan watak berkenaan yang mana seperti filem terdahulu. Filem yang memfokus pada watak lakonan Henry Golding itu diarahkan oleh Robert Schwentke berdasarkan skrip daripada Evan Spiliotopoulos, Joe Shrapnel dan Anna Waterhouse.


Menampilkan gandingan mantap Henry Golding bersama pelbagai pelakon lain termasuklah Andre Koji, Ursula Corbero, Samara Weaking dan Iko Uwais, Snake Eyes semestinya antara filem G.I Joe yang ditunggu peminat.

Filem pertama G.I Joe diterbitkan pada tahun 2009 dengan tajuk G.I Joe: The Rise of Cobra. Filem tersebut mendapat ulasan negatid namun cukup baik dari segi kutipan sehinggakan penerbit membina sekuelnya, G.I Joe: Retaliation. Namun, filem tersebut tetap mendapat kritikan negatif walaupun kutipan memberansangkan.

Selepas beberapa lama, Paramount dan Hasbro akhirnya memilih untuk membikin origin story kepada Snake Eyes yang bertindak juga sebagai soft reboot kepada francais berkenaan. 

Bercakap dalam temubual bersama Empire, Lorenzo di Bonaventura mendedahkan yang watak tersebut tidak akan jadi bisu di dalam filem. Namun, dia mendedahkan bahawa konsep asal watak tersebut akan didedahkan dalam filem akan datang. 
Snake’s injury and his speech issue would be in the next movie, if we're lucky enough to make it. But to make a movie with Snake Eyes in it and not have him in the costume? We would’ve gotten killed by the fans! The question was, how to have the most fun with it. This was the exploration of the human, not the guy in the suit, in a sense, so we hold back the suit until he’s earned it as a character.

Snake Eyes: G.I Joe Origins mungkin sebuah filem origin story yang mungkin akan mengeksplorasi watak tersebut dengan lebih lanjut. Mungkin watak tersebut akan mempunyai pembinaan karakter yang lebih besar dan lebih jauh daripada perjalanan watak tersebut yang asal.

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan