Header Ads Widget

Tragedi Salman Khan Dituduh Membunuh Kerana Langgar Lima Gelandangan Dalam Keadaan Mabuk

Salman Khan, pelakon yang kini masih aktif berlakon dalam filem-filem aksi tidak pernah lari dari terpalit kontroversi. Pada 2008, pelakon itu pernah bergaduh dengan Shah Rukh Khan di pesta harijadi pelakon Katrina Kaif. Malah, terkini, pelakon itu juga penah bertindak menghantar surat saman kepada seorang pengulas filem kerana memberi review negatif filem lakonannya, Radhe. 


Tahukah korang, pada 2002, Salman Khan pernah terlibat dalam tragedi langgar lari yang melibatkan lima orang gelandangan? 

Pada 28 September 2002 lebih kurang 1.30 pagi, Salman Khan yang memandu Land Cruiser selepas pulang dari pesta arak. Dia yang dikatakan dalam keadaan mabuk telah melanggar sebuah kedai kek dan melanggar lima orang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima. 

Keadaan kenderaan yang dipandu Salman Khan ketika perlanggaran.


Tragedi itu menyebabkan seorang daripada lima orang gelandangan maut di tempat kejadian. Seorang lagi terpaksa dipotong kaki akibat kecederaan. Ketika perlanggaran, lima mangsa berada di bawah Land Cruiser dan menyebabkan pihak polis terpaksa memanggil kren untuk angkat kenderaan yang menghempap mangsa. 

Kes ni dibawa ke mahkamah. Di dalam sesi penghakiman, Salman Khan menafikan yang dia memandu Land Cruiser tetapi sebaliknya, pemandunya Altaf yang memandu. 

Salman Khan dibawa untuk perbicaraan.
Perbicaraan kes ini berpanjangan sehingga 12 tahun lamanya. Seorang mangsa yang tercedera, Abdullah Shaikh menyatakan bahawa kes ini sengaja dipanjangkan untuk menghilangkan keadilan dipihaknya. Ketika itu, Salman Khan sedang sibuk dengan promosi filem Bhajrangi Bhaijaan dan juga terlibat dalam filem Prem Ratan Dhan Payo. 

Walaupun keterangan pemandu Salman Khan dan Salman Khan sendiri bercanggah dalam sesi perbicaraan, pada 2015, mahkamah memutuskan yang Salman Khan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun akibat kes langgar lari tersebut. 

Namun, pada penghujung 2015, setelah membuat rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi Mumbai memutuskan untuk membebaskan Salman Khan daripada tuduhan langgar lari sekaligus membebaskan pelakon tersebut dari tuduhan membunuh para gelandangan tersebut. 
Kenyataan Salman Khan selepas keputusan mahkamah diputuskan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments