Salman Khan Fail Saman Fitnah Kepada Seorang Pengulas Filem 'Radhe'

Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan memfailkan saman fitnah di Mahkamah Mumbai terhadap pelakon, Kamaal R. Khan yang membuat ulasan filem terbaru lakonan pelakon itu, Radhe. Notis Saman ini telah dihantar kepada Kamaal Khan melalui peguam yang sah bagi Salman Khan pada hari Isnin lepas.



Kamal R. Khan yang terkejut dengan tindakan Salman Khan tersebut memuat naik surat saman itu di laman Twitternya. 


Dalam hantaran Twitter tersebut, pelakon yang selalu mengulas filem Bollywood itu menyatakan bahawa Salman Khan harus membikin filem yang lebih baik dan bukannya menghentikan ulasan filem daripada penonton. 

Sebelum ini, Kamaal R. Khan berkongsi sebuah video selepas dia keluar dari pawagam ketika selepas separuh masa pertama filem bermula. Dia yang menonton filem tersebut di sebuah pawagam di Dubai menunjukkan reaksi menangis dan ketakutan untuk kembali semula ke pawagam untuk menonton baki filem berkenaan.

Selepas habis menonton, Kamaal R. Khan memuat naik hantaran Twitter menyatakan bahawa dia perlu ambil ubat dan rehat selama 2 hingg 3 jam untuk mengulas filem berkenaan. Ternyata, tweet itu mengundang reaksi kurang enak dari Salman Khan dan pasukannya.

Rentetan kejadian itu, aktor yang dikenali sebagai KRK itu bertegas akan terus mengulas filem namun akan mengabaikan filem lakonan Salman Khan. 

KRK juga telah membuat rayuan kepada ayah Salman Khan yang merupakan penulis lakon layar veteran, Salim Khan dan meminta anaknya itu membatalkan saman berkenaan.  


Radhe diarahkan oleh pengarah dan juga perekatari terkenal, Prabhudeva yang merupakan adaptasi daripada filem Korea, The Outlaws. Filem yang menyaksikan gandingan antara Salman Khan dan Disha Patani itu turut menampilkan pelakon seperti Randeep Hooda dan Jackie Shroff. Walaupun ianya mendapat kritikan negatif, filem ini sudah distrim jutaan kali di laman pay-per-view, Zee Plex.

Radhe juga ialah filem pertama Bollywood yang dilancarkan tayangannya secara hybrid, iaitu tayangan serentak di platform ZeePlex dan pawagam ekoran pandemik Covid-19.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan