Scarlett Johansson Pertahankan Babak Kematian Black Widow Dalam 'Endgame'

Pelakon yang kini muncul dengan filem Black Widow mempertahankan babak kematiannya di dalam filem Avengers: Endgame. Filem terbitan tahun 2019 itu sememangnya antara filem box-office Marvel Studio yang mendapat reaksi pelbagai apabila watak Black Widow dimatikan di dalam filem tersebut. 

Black Widow diperkenalkan menerusi filem Iron Man 2 pada tahun 2010 sebagai sebahagian daripada S.H.I.E.L.D, Selepas itu, watak Natasha Romanoff ini berevolusi dengan pelbagai pengembangan cerita sehingga ke dalam pelbagai filem-filem MCU yang lain. Namun, perjalanannya terhenti di Vormir apabila dia memilih untuk berkorban demi untuk mendapatkan Soul Stone.

Dalam satu temubual bersama ET Online untuk mempromosikan filem Black Widow, Scarlett Johansson memberitahu bahawa dia sudah menjangkakan reaksi peminat berkaitan kematian wataknya. Namun, dia merasakan babak itu masuk akal untuk karakternya. 

It's funny because I've had kind of a lot of mixed reactions to her ultimate fate in Endgame. But for me, it made so much sense that she would sacrifice herself not just for the greater good of humanity, but actually for her friends, which was really at the heart of it. She's a good one.

Walaupun kenyataan Scarlett Johansson itu seakan membela kematian wataknya dalam Endgame, sebenarnya, ianya sedikit berbeza daripada penjelasan pengarah filem tersebut, Russo Brothers. Menurut pengarah, mereka berbelah bagi untuk memilih antara Black Widow atau Hawkeye untuk dikorbankan dalam babak tragik berkenaan.

Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan watak untuk dikorbankan tersebut, Avengers: Endgame sudah memberikan takdir akhir untuk watak Black Widow.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan