Rating 'Fast & Furious 9' Kini 'Membusuk' Di Rotten Tomatoes

Filem kesembilan dalam Fast & Furious nampaknya menerima nasib malang apabila rating filem tersebut di laman Rating Tomatoes menurun ke skala Rotten'. Filem terbaru dan pertama dalam trilogi akhir francais tersebut diarahkan oleh Justin Lin. Filem ini juga turut membawa kembali Sung Kang sebagai Han!

Fast & Furious 9 sememangnya menghadapi cabaran yang sukar sepanjang musim pandemik ini. Selepas ditunda demi memberi laluan kepada Hobbs & Shaw, filem ini sekali lagi ditunda dari tahun 2020 ke 2021 demi memastikan filem ini boleh ditayangkan di pawagam dikala pandemik masih berleluasa.

Walaupun ulasan pengkritik pada awalnya agak positif, namun, tayangan filem ini di luar negara nampaknya mendapat ulasan berbelah bagi. Oleh itu, dari berstatus Fresh, filem ini akhirnya menurun ke status Rotten.

Antara ulasan negatif filem ini:

F9 sends the franchise hurtling further over the top than ever, but director Justin Lin's knack for preposterous set pieces keeps the action humming.

 Semenjak ditayangkan pada 2001, francais Fast & Furious tidak pernah mensasarkan rating tinggi. Namun, filem Fast Five merupakan filem pertama dalam francais ini yang mendapat rating Fresh, kemudiannya diteruskan dengan Fast & Furious 6, Fast & Furious 7 dan filem kelapan beserta Hobbs & Shaw semuanya dalam rating Fresh.

Adakah penurunan rating ini memberi tanda bahawa filem-filem Fast & Furious sudah cukup untuk penontonnya dan para peminat tidak lagi bersedia untuk filem-filem baru lagi? Apapun, Fast & Furious masih berbaki dua filem lagi yang akan menjalani penggambaran mulai Januari 2022.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan