'Race 4' Dalam Perancangan, Bakal Jalani Penggambaran Penghujung Tahun

 Walaupun filem Race 3 yang diterbitkan oleh Salman Khan gagal menyerlah dari segi kutipan, filem keempat Race kini akan tetap diteruskan. Menurut Bollywood Hungama, Race 4 kini dalam fasa penulisan skrip. Keempat-empat filem ditulis oleh penulis skrip yang sama, Shiraz Ahmed. 

Buat masa ini, tiada pengarah yang dipilih untuk mengarahkan filem ini. Proses pemilihan pelakon dan pengarah akan bermula sejurus sahaja skrip filem siap. Namun, semua ini bergantung kepada situasi pandemik Covid-19 di India.

Race 3 menyaksikan tiada kemunculan Saif Ali Khan yang mana menjadi sinonim dengan francais tersebut. Untuk filem keempat, tidak ada kepastian sama ada Saif Ali Khan akan muncul kembali atau ianya akan diteruskan melalui watak Salman Khan dari filem ketiga.

Francais filem Race bermula dengan filem pertamanya pada 2008 dan diarahkan oleh Abbas-Mustan. Filem tersebut berjaya mengutip kutipan yang memberansangkan sekaligus mencipta sekuelnya, Race 2 yang diterbitkan pada 2013.

Race 3 muncul pada tahun 2013 dibawah pengarah Remo D'Souza dan menjadi penanda aras terendah bagi francais berkenaan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan