Hak Penerbit Untuk Take Down Dan Laporkan Kandungan Cetak Rompak - SIAR

Sebelum ini, pihak Suka Filem ada memuat naik sesi temubual ringkas bersama pemilik laman penstriman SIAR dan ianya mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan tindakan SIAR menyiarkan filem-filem lama semula dengan bayaran adalah cara yang baik untuk menghormati pengkarya lama yang menghasilkan filem tersebut.




Namun, ada juga yang tidak puas hati dengan SIAR apabila ramai yang menyatakan bahawa Youtube Channel mereka dipadamkan kerana diberikan copyright strike oleh penerbit filem lama. Ramai yang beranggapan juga filem lama harus disiarkan secara percuma di laman Youtube.  

Beberapa serangan dari yang tidak berpuas hati dengan SIAR boleh dibaca di post ini. 

Tidak mahu berdiam diri, pemilik SIAR akhirnya memberikan kenyataan balas terhadap persepsi masyarakat terhadap laman penstriman tersebut ketika dihubungi pihak Suka Filem.
Mengenai isu tiada lagi filem tahun 70an hingga 2000 di YouTube, filem masih hak penerbit filem. Mereka terdiri daripada golongan senior yang terbitkan sendiri filem filem ketika era ini. Sejak beberapa tahun ini, mereka tidak dapat menjual filem filem ini ke stesen TV disebabkan filem mereka senang didapati di YouTube dan isu cetak rompak ini. Ya, setiap filem yang ditayangkan di kaca TV, perlu dibayar kepada penerbit dan mengikut kontrak yang dipersetujui, ada setahun, 2 tahun dah sebagainya. 

Disebabkan lambakan channel dan individu yang memuat naik kandungan filem ini di YouTube, adalah menjadi hak mereka untuk take down dan melaporkan kandungan cetak rompak. 

Perkara ini sudah menjadi barah sejak YouTube diperkenalkan di Malaysia, ramai yang menganggap apa sahaja boleh diletakkan di YouTube tanpa memikirkan kesan jangka panjang. 

Tiada istilah saja untuk simpanan peribadi, sekadar perkongsian, bukan mencari untung, untuk tontonan awam dan sebagainya tapi selagi mana tiada kebenaran daripada penerbit filem. 

 

Apa yang dikataka oleh pemilik SIAR adalah benar. Kenyataan tersebut sekaligus memberi persepsi bahawa tindakan SIAR sebagai sebuah laman penstriman sudah mengikut tatacara sepatutnya untuk membawa kesemua seleksi filem untuk disiarkan di dalam laman tersebut.

SIAR boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan. Harga yang cukup berbaloi untuk menonton pelbagai filem yang disiarkan di dalamnya. Jika korang nak tonton sehingga setahun, SIAR juga turut menyediakan pakej setahun dengan harga RM100 sahaja.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan