Sebab SIAR, Hilang Habis Filem Klasik Di Laman Youtube - Netizen

Siar ialah sebuah platform penstriman yang menampilkan filem-filem klasik era 70an sehinggalah era awal 2000. Ianya ialah satu inisiatif yang cukup bagus dari pencetus idea Siar. Namun, di sebalik usaha ini, ada yang menuduh Siar menyebabkan filem klasik tidak lagi dapat ditonton di laman percuma seperti Youtube.

Justeru, ada yang menyatakan bahawa Siar telah memonopoli filem klasik untuk keuntungan peribadi. Pihak Suka Filem berjaya mendapatkan pemilik Siar untuk menjelaskan beberapa persoalan tentang Siar dan isu-isu yang berlegar.

1. Adakah Siar padam filem klasik yang dimuat naik percuma di Youtube?

Menurut pemilik Siar, pihak Siar dan penerbit bersetuju untuk menurunkan semua filem yang dimuatnaik secara illegal di laman Youtube selepas pihak Siar membeli hak cipta sesuatu filem. Kebanyakan pengguna Youtube gagal untuk memahami bahawa sesebuah filem itu dikira sebagai illegal upload apabila ianya tidak dimuat naik sendiri oleh penerbit filem itu sendiri. 

2. Adakah filem klasik adalah 'public domain' dan Akta Hakcipta tidak melindunginya? Bukankah hakcipta sesuatu karya akan luput selepas 50 tahun filem itu dihasilkan? 


Pemilik Siar sendiri sudah mendapatkan khidmat nasihat dari FINAS sendiri untuk pemilikan segala filem-filem yang dimuat naik di dalam Siar. Justeru itu, Siar ialah pemilik hak cipta segala filem yang ada dan ianya sah dari segi undang-undang.

Siar hanya memerlukan langganan berjumlah RM10 untuk sebulan. Pakej tahunan pula hanyalah RM100 setahun. Jadi, rasanya tidaklah rugi jika kita melaburkan duit untuk menonton filem di laman yang sah daripada strim di Youtube yang untungnya hanya dimiliki oleh pemuat naik sesuatu filem yang bukan pemilik asal filem tersebut. 

P/s: screenshot diterbitkan dengan izin pemilik Siar. Ini bukan post berbayar.

BACA KENYATAAN BALAS ADMIN SIAR BERKENAAN ISU INI



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan