Gal Gadot Bagi Klu Kemunculan Filem 'Wonder Woman 3'

 Sempena meraikan ulangtahun keempat terbitnya filem Wonder Woman, Gal Gadot telah memuat naik sebuah status di Twitternya. Namun, apa yang mengujakan ialah tweet tersebut disertakan dengan hashtag yang sekaligus memberi klu bahawa dia sudah bersedia untuk berlakon dalam filem ketiga Wonder Woman.



Wodner Woman ditayangkan pertamakalinya pada 2017 dan diarahkan oleh Patty Jenkins, pengarah wanita pertama untuk filem-filem DC Universe. Filem tersebut berjaya mendapat kritikan positif sekaligus membuatkan sekuelnya, Wonder Woman 1985 diterbitkan pada penghujung 2020.

Walaupun Wonder Woman 1984 tidaklah mendapat pujian positif dari rata-rata peminat, namun ianya cukup baik untuk memberitahu studio supaya francais ini diteruskan. Lagipun, Warner Bros nampak yakin dengan kerjasama Patty Jenkins dan Gal Gadot yang cukup padu dalam dua filem berkenean.


 Ramai yang beranggapan bahawa Wonder Woman 3 mungkin akan berlatar belakangkan dunia moden. Namun, semua itu masih lagi sekadar khabar angin dan tidak lagi sahih. Dengan peribahan drastik dalam filem-filem DC, Wonder Woman mungkin satu-satunya watak superhero DC yang berjaya membentuk trilogi tersendiri jika Wonder Woman 3 diterbitkan.

Namun, buat masa ini, Wonder Woman 3 mungkin tidak akan hadir dalam masa terdekat. Dengan pandemik yang masih belum reda, pastinya cabaran untuk menghasilkan Wonder Woman 3 lebih tinggi.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan