Filem Malaysia 'Roh' Bakal Tayang Di Pawagam US Penghujung Tahun 2021

Filem Roh yang sebelum ini pernah dihantar sebagai calon untuk anugerah Oscar dari Malaysia bakal menjejakkan kaki ke pawagam di serata Amerika Syarikat pada penghujung tahun 2021. Menurut laporan dari Screen Daily, filem tersebut yang mana diarahkan oleh Emir Ezwan sebelum ini mendapat reaksi positif dikalangan penggemar filem Malaysia.

Roh, yang mana tajuk rasmi internasionalnya, Soul' dirancang untuk tayangan pawagam dan juga digital di penghujung tahun 2021 akan turut diterbitkan dalam format DVD dan Blu-ray. 

Filem tersebut ialah filem pertama pengarah Emir Ezwan dan dibintangi Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, June Lojong, Namron dan Putri Qaseh.

As we continue to add to our growing library of genre films from around the globe, we were thrilled to discover Emir’s debut. And while the Malaysian supernatural myth may be new to North American audiences, horror and dread have no problem in translation, and Roh delivers that in original, creative and incredibly atmospheric ways. We are especially excited that Roh has found a home in North America with Film Movement, Fans of Asian cinema and horror films will delight in this folkloric cultural homage.

 

Diterbitkan oleh Kuman Pictures, Roh ditayangkan di pawagam Malaysia pada 6 Ogos 2020. Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal di dalam hutan yang kemudiannya didatangi seorang budak asing yang akhirnya menghuru-harakan keluarga mereka yang hidup aman damai.

Sebelum ini, filem aksi Malaysia, Geran juga akan turut ditayangkan di platform digital Amerika Syarikat dan juga dalam Blu-ray dan DVD di sana pada Jun dan Julai 2021. 

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan