'Geran' Tayang Di US Melalui Platform Digital Dan Blu-ray Pada Jun Dan Julai 2021

Filem aksi seni silat Malaysia, Geran kini bakal ditayangkan untuk pasaran USA melalui platform digital Hi-YAH!, sebuah platform ala-ala Netflix yang mengumpulkan filem bercorak aksi seni bela diri. Menurut laman filmcombatsyndicate, filem tersebut bakal ditayangkan mulai 4 Jun dan dibawakan oleh pengedar Well Go USA!

Paling menarik, pada bulan Julai, filem ini akan diterbitkan dalam format Blu-ray untuk pasaran negara US. Namun, tajuk Geran ditukar ke tajuk yang lebih mesra USA, Silat Warriors: Deed of Death.

Menurut pengarahnya, Areel Abu Bakar menyatakan apabila ditemubual oleh FCS menyatakan yang dia ingin bikin filem seni bela diri kerana kebanyakan filem Malaysia terarah kepada genre romantik dan drama kekeluargaan. 

Filem Geran sebelum ini pernah ditayangkan pada Festival Filem Asia New York ke 19 dan mendapat pujian sehingga melayakkannya mendapat Anugerah Daniel A. Craft bagi kategori Excellence in Action Cinema. 

Poster internasional dan kulit Blu-ray filem Geran


Semestinya apabila filem ini menemui penonton USA nanti, ianya akan dapat membuka mata tentang filem seni bela diri Malaysia di persada dunia. 

Sumber: FCS



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan