Filem Aksi Terbaru Shah Rukh Khan, 'Pathan' Siap Sedia Tayang Aidilfitri 2022

Filem terbaru Shah Rukh Khan, Pathan yang bergenre aksi penyiasatan akan ditayangkan pada Aidilfitri 2022. Filem yang diarahkan oleh Siddarth Anand ini akan menandakan kembalinya Shah Rukh Khan ke layar perak selepas filem Zero yang ditayangkan pada 2018 gagal untuk mengutip kutipan yang memberansangkan.

Menurut laporan Bollywood Hungama, Pathan sudah siap sedia untuk ditayangkan pada Aidilfitri 2022. Namun, terdapat beberapa babak yang masih berbaki dan para pelakon filem tersebut kini giat untuk menghabiskan penggambaran filem berkenaan.

Filem ini menampilkan Shah Rukh Khan bersama pelakon hebat seperti Deepika Padukone, John Abraham dan Dimple Kapadia.

Pathan menjalani penggambaran di Mumbai dan juga beberapa lokasi di negara Eropah seperti Rusia. Filem ini dijadualkan siap penggambaran pada Ogos 2021 jika jadual tidak tergendala. Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih belum reda, pelbagai perancangan untuk penggambaran kelihatan seperti agak lambat.

Filem ini dijadualkan tayang pada Januari 2021 namun tergendala kerana perancangan yang tertangguh akibat pandemik Covid-19. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan