Header Ads Widget

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon Utama 'John Wick 4'

Pelakon yang terkenal dengan francais Ip Man, Donnie Yen kini sudah diumumkan sebagai sebahagian daripada pelakon filem John Wick 4 yang bakal diarahkan oleh Chad Stahelski. Donnie Yen akan melakonkan watak rakan lama kepada Johnwick yang mempunyai 'background story' yang sama dan musuh yang sama dengan John Wick.



Donnie Yen bukanlah nama baru dalam industri Hollywood. Sebelum ini, pelakon dari China itu pernah membintangi filem aksi Hollywood seperti xXx: Return of Xander Cage dan Rogue One: A Star Wars Story.

John Wick 4 bakal dibikin berdasarkan skrip Shay Hatten dan Michael Finch dan diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Chad Stahelski sendiri. Keanu Reeves dan Louse Rosner pula akan bertidak sebagai penerbit eksekutif.

Filem ini akan memulakan penggambaran musim panas nanti di lokasi seperti Perancis, German dan Jepun. Selain Donnie Yen, penyanyi berdarah Jepun-British, Rina Sawayama juga bakal bergandingan dalam filem tersebut. 

Sumber: Deadline



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments