Pelanggan Astro Movies Pack Akan Dicaj RM5 Jika Langgan Disney+ Hotstar

 Disney+ Hotstar akan boleh distrim di Malaysia bermula 1 Jun 2021. Di Malaysia, syarikat televisyen satelit terkemuka Malaysia, Astro telah diberikan hak sebagai pengedar sah kepada laman penstriman ini. Malah, jika anda mempunyai akaun Astro, anda boleh melanggan Disney+ Hotstar hanya dengan harga RM5 sahaja.



Harga tambahan ini jauh lebih murah jika melanggan Disney+ Hotstar tanpa akaun Astro. Harga asal Disney+ Hotstar untuk pelanggan biasa tanpa Astro ialah RM54.90 untuk tiga bulan. Tiada langganan bulanan buat masa ini dan pelanggan perlu membayar harga untuk tiga bulan sekaligus jika mahu melanggan.

Jika anda pengguna Astro, anda perlulah juga melanggan pakej Astro Movie Pack untuk menikmati harga langganan Disney+ Hotstar RM5 tersebut. Jika dibandingkan dengan harga asal, pelanggan Astro dengan pakej Movie Pack hanya perlu membayar RM15 sahaja untuk tiga bulan.

Jangan risau, jika pelanggan Astro Movie Pack tidak mahu melanggan Disney+ Hotstar, anda tidak akan dikenakan sebarang caj. 


Kemaskini 8.27 pm, 4 Mei 2021: Pelanggan Astro Movie Pack tidak boleh membuang langganan Disney+ Hotstar dan RM5 akan dikenakan secara automatik. Jika anda tidak mahukan Disney+ Hotstar, satu caranya ialah buang Movie Pack dari langganan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan