Jika mengingati filem arahan Mamat Khalid, pastinya filem Man Laksa antara filem yang cukup ikonik buat pengarah itu. Filem yang ditayangkan pada tahun 2006 itu berkisar tentang pesta atau temasya Kampung Talang yang menyaksikan bagaimana gelagat di sepanjang malam persembahan.
Filem tersebut dibintangi Yassin, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik dan turut menampilkan pelbagai kemunculan khas yang cukup mengujakan.
Terbaru, di Facebook group Mamat Khalid Friends, pengarah yang kini terkenal dengan francais kampung pisang ini berkongsi storyboard filem berkenaan. Menurut status yang dikongsi, storyboard ini sudah lama hilang dan telah dikongsi oleh seorang ahli FB, Marks Man.
Sumber foto: Mamat Khalid Friends
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan