Header Ads Widget

Lakonkan Adegan Cium Bibir Dalam 'Radhe', Salman Khan Masih Kekal Dengan Polisi Tidak Bercium Dalam Filem

 Radhe, filem yang diadaptasi dari filem Korea, The Outlaws kini sudah ditayangkan di India semenjak hari raya pertama lagi. Filem tersebut yang diarahkan oleh Prabhudeva turut ditayangkan secara penstriman di laman Zeeplex. 



Sebelum ini, Salman Khan terkenal dengan polisi tidak melakukan adegan cium dalam filem. Seseksi mana pun penari dan watak seksi mana pun, Salman Khan pasti menolak untuk melakukan adegan cium bibir ke bibir.

Namun, untuk Radhe, Salman Khan memecahkan tradisi itu dengan adegan cium bersama pelakon Disha Patani. Walaupun begitu, laman The Free Press Journal melaporkan adegan tersebut dijayakan dengan Disha Patani mengenakan pita pelekat di mulut. Malah, pencahayaan adegan tersebut digelapkan bagi memastikan adegan tersebut masih 'berlapik' dan selari dengan polisi Salman Khan.

Salman Khan bercakap dalam satu temubual bersama Zoom TV -

No, no...maybe next time you will see a mota parda (thick curtain) in between me and the heroine but I am not breaking the no-kissing policy on-screen.

Radhe menandakan kembalinya kerjasama antara pengarah Prabhudeva dan Salman Khan. Mereka sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem Wanted. Salman Khan dan Disha Patani pula sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem Bharat.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments