Header Ads Widget

J: Retribusi & Zombitopia Langkau Pawagam, Tayang Ekslusif Di Disney+ Hotstar

Filem terbitan Skop Production, Zombitopia serta filem J: Retribusi akan melangkau tayangan pawagam dan akan ditayangkan terus sebagai Disney+ Hotstar Ekslusif. Perkara ini disahkan apabila dua filem ini muncul di dalam laman web Disney+ Hotstar yang baru sahaja diaktifkan sempena pengumuman pelancaran laman penstriman tersebut.



Terdahulu, filem bergenre zombie ini dirancang untuk ditayangkan di pawagam pada 13 Februari 2020 namun tertunda ekoran Covid-19. J:Retribusi pula yang merupakan sekuel kepada filem J: Revolusi (2017) sudah siap penggambaran agak lama dan tidak ditayangkan lagi ekoran situasi sekarang.

Kini, sudah dapat disahkan yang para peminat hanya dapat menonton filem ini hanya di Disney+ Hotstar selepas ianya dilancarkan kelak.

J: Reribusi menamplkan Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Amelia Henderson, Luqman Hafidz serta Rosyam Nor. Filem ini bergenre aksi dan diarahkan oleh Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah. 

Zombitopia pula ialah sebuah filem arahan MJ Woo yang menampilkan pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Azman Hassan, Bront Palarae dan Shaheizy Sam. Filem ini bergenre survival dan zombie pastinya memberi rasa baru dalam suasana filem di Malaysia.

Di masa akan datang, akan ada banyak filem-filem Malaysia yang akan ditayangkan di Disney+ Hotstar secara ekslusif. Pastinya, ini akan sedikit sebanyak mengubah lanskap perfileman Malaysia. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments