Header Ads Widget

Emily Blunt Dedah Sebab Kenapa Dia Tolak Untuk Pegang Watak 'Black Widow'

Selepas lebih sedekad pelakon Emily Blunt melepaskan watak Black Widow yang ditawarkan kepadanya, akhirnya Emily Blunt bersuara atas keputusan yang dilakukannya. Watak Black Widow mendapat perhatian ramai semenjak pertamakali muncul dalam filem Iron Man 2 dimana Scarlett Johansson melakonkan watak tersebut.

Black Widow dilakonkan oleh Scarlett Johansson dalam 7 buah filem setakat 2019 dan watak tersebut berakhir di dalam filem Avengers: Endgame. Walaupun keputusan untuk menamatkan watak tersebut agak kontrtoversi, ianya diterima peminat.

Terkini, Black Widow bakal muncul dengan filem solonya yang akan ditayangkan tak lama lagi. Pastinya jika kita memikirkan Emily Blunt dalam watak Black Widow, ianya agak pelik.

Pada awalnya, Marvel Studios menawarkan watak tersebut kepada pelakon Edge of Tomorrow itu nanum ianya ditolak. Dalam satu temubual mempromosikan filem A Quiet Place II, dia mendedahkan keinginannya untuk bekerjasama dengan Robert Downey Jr. tetapi terpaksa melepaskannya kerana ada komitmen lain.

I was contracted to do Gulliver’s Travels. I didn’t want to do Gulliver’s Travels. It was a bit of a heartbreak for me because I take such pride in the decisions that I make, and they mean so much to me, the films that I do... It’s not that it’s beneath me. I love Iron Man and when I got offered Black Widow, I was obsessed with Iron Man. I wanted to work with Robert Downey Jr. — it would’ve been amazing … but I don’t know if superhero movies are for me. They’re not up my alley. I don’t like them. I really don’t.

Pelakon itu meluahkan rasa kecewanya kerana terikat dengan kontrak filem Gulliver's Travel. Namun, apa yang lepas sudah pastinya tidak dapat diubah. Dalam dunia MCU, watak Black Widow kini sudah serasi dengan penampilan Scarlett Johansson. Pastinya ianya sesuatu yang berbeza jika Emily Blunt memegang wtaak tersebut.

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments