Disney+ Hotstar Dilancarkan Di Malaysia Mulai 1 Jun 2021

 Akhirnya, selepas bebeberapa lama, laman penstriman Disney+ Hotstar kini dengan rasminya dilancarkan bagi pasaran Malaysia. Laman penstriman yang merupakan laman penstriman yang dimiliki oleh Star India, anak syarikat kepada Walt Disney Company India. Semestinya berita ini menggembirakan para penggemar siri Marvel seperti The Falcon and The Winter Soldier serta Wanda & Vision. 



Menurut laman rasminya, (link) Disney+ Hotstar Malaysia akan bersiaran bermula 1 Jun. Setakat ini, ketika artikel ini ditulis, tiada aplikasi boleh didapati untuk tontonan secara mobile. Untuk kadar langganan, Disney+ Hotstar mengenakan kadar sebanyak RM54.90 untuk tiga bulan. Jika anda pelanggan tetap Astro Movie Pack, anda akan dicaj RM5 sahaja untuk langganan tambahan Disney Hotstar.

Disney+ Hotstar Malaysia menggabungkan pelbagai content daripada antarabangsa dan luar negara. Dengan fokus kepada studio seperti Marvel, Disney dan Pixar, Disney Hotstar juga berkolaborasi dengan studio besar Malaysia seperti Skop Production, Primeworks Studios, Les' Copaque dan banyak lagi.

Sumber: Buzzpop



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan