'A Quiet Place Part 3' Sudah Ada Skrip, Menunggu Lampu Hijau

Pengarah filem A Quiet Place Part 2 mendedahkan walaupun filem tersebut masih segar di pawagam, filem ketiga dalam francais seram tersebut kini sudah pun dirancang. Filem pertama A Quiet Place ditayangkan pada tahun 2018 dan berjaya mencuri tumpuan penonton dengan kutipan sebanyak USD340 juta di seluruh dunia.

Sekuelnya, A Quiet Place Part 2 yang dirancang untuk tayangan tahun 2020 terpaksa ditunda ke 2021 kerana padnemik. Akhirnya, filem tersebut kini ditayangkan di US dan berjaya mengutip sebanyak USD57 juta dalam hanya empat hari tayangan sekaligus menjadi antara filem yang berjaya dengan kutipannya dalam era pandemik.

Perancangan untuk filem ketiga A Quiet Place kini terdedah dalam satu tweet oleh editor Fandango, Erik Davis dalam sebuah episod Twitter Spaces. Perkara itu didedahkan oleh pengarah sendiri yang skrip filem tersebut sudah siap dan menunggu masa tayangan.

Dalam sesi temubual itu, Jon Krasinki tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan sinopsis filem berkenaan. Namun, pastinya para penonton akan teruja untuk menonton filem seterusnya dalam francais tersebut.

Sumber: Screenrant



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan