Header Ads Widget

Kenapa Semua T-800 Dalam Terminator Guna Wajah Arnold Shwarzennegger

 Selepas berdekad lamanya francais Terminator berada di dalam industri, timbul pula persoalan tentang kenapa semua model robot T-800 menyerupai wajah Arnold Schwarzennegger. Persoalan ini mungkin simple, tetapi kalau ada sebab musababnya, lebih menarik kan? T-800 muncul buat pertamakalinya dalam filem pertama Terminator pada 1984 dan kemudiannya di dalam sekuel seterusnya. 



 Disebabkan di setiap filem, Arnold Schwarzennegger memainkan model T-800 yang berbeza (kerana setiap filem, modelnya akan musnah dalam pelbagai cara), wujud persoalan siapa di sebalik wajah Arnold Schwarzennegger itu? Kenapa wajah itu yang dipilih untuk digunakan pada robot T800?

Sebenarnya, jawapan ini ada pada satu deleted scene dari filem Terminator 3: Rise of the Machine. 


Di dalam babak yang tidak dimasukkan dalam filem Terminator3: Rise of the Machine itu, kita diperjelaskan bahawa wajah T-800 dicipta berdasarkan watak Chief Master Sergeant William Candy, seorang ahli United States Air Force Combat Control Tream. Dia dipilih oleh Cyber Research Systems yang mana merujuk kepada projek ciptaan Cyberdyne dari dua filem terdahulu.

Disebabkan William Candy memang cukup sado dan berbadan tegap, tidak mustahil kenapa wajahnya yang dipilih untuk dijadikan wajah T-800. 

Namun, di dalam video itu juga, agak melucukan apabila warga CRS tidak menggemari suara William Candy yang pelik. Lalu, suara T-800 pula dibekalkan oleh pembantu Thomas Shelby, Sherwood Olson. Ini bermakna, kononnya di dalam dunia Terminator, suara Arnold Shwarzennegger bukanlah suaranya.

Babak ini mungkin dipotong kerana babak ini nampak pelik dan janggal untuk masuk ke dalam filem Terminator 3 yang nampak action packed. Tetapi, babak ini akhirnya berjaya menjawab soalan kecil yang mungkin sedang berlegar di kepala peminat. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments