'Guardians of the Galaxy Vol 3' Ialah Filem Terakhir James Gunn Watak GOTG


James Gunn mungkin akan menamatkan kerjayanya sebagai pengarah filem Guardians of the Galaxy dengan filem ketiga yang akan ditayangkan beberapa tahun lagi. Terdahulu, James Gunn pernah dipecat oleh Disney gara-gara isu status di laman Twitternya. Namun, isu itu kembali reda dan kini, dia mahu mengarahkan filem ketiga berkenaan semula.


Perkara ini disahkan oleh oleh James Gunn sendiri melalui akaun instagramnya. Apabila ditanya oleh peminat berapa banyak lagi filem Guardians of the Galaxy yang bakal dia arah, dia menjawab bahawa dia akan mengarah satu lagi filem dalam francais berkenaan.

Ini mungkin mengesahkan khabar angin yang menyatakan bahawa Vol 3 akan menyimpulkan perjalanan Guardians of the Galaxy sepenuhnya yang bermula seawal tahun 2014. Namun, Guardians of the Galaxy mungkin terpaksa menunggu seketika kerana James Gunn sibuk dengan projek dengan DC iaitu The Suicide Squad!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan