Kevin Feige Perjelas Kenapa Tiada Filem 'Avengers' Dalam Phase 4


Peminat filem Marvel Cinematic Universe mungkin terpaksa menerima hakikat bahawa tiada filem Avengers dirancang untuk Phase 4 Marvel Cinematic Universe yang akan bermula dari tahun 2020 nanti. Filem Avengers: Endgame mungkin bakal menamatkan kisah hero Marvel yang bergabung menyelamatkan duia buat sementara.


President Marvel Studios, Kevin Feige menjelaskan kenapa tiada filem Avengers di dalam fasa keempat filem Marvel Cinematic Universe di dalam Hall H di San Diego Comic Con baru-baru ini. Dalam pengumuman itu, dia menyatakan sememangnya tiada perancangan untuk menerbitkan filem Avengers dalam Phase 4 kerana francais itu sedang membangunkan perkara baru selepas kejadian Endgame.

We had a movie this year called Avengers: Endgame, and it is very much an ending, as you saw, to so many of those characters. So Phase 4 is about beginnings, and Phase 4 is about learning new things about characters you already think you know like Black Widow, meeting incredible new characters like The Eternals and Shang-Chi, going on new adventures with Doctor Strange and Thor, and these Disney+ shows which I promise will be spectacular and not what anybody's expecting.

Perkara ini bukanlah satu kejutan buat para peminat filem superhero Maevrl. Terdahulu, para peminat sudah menerima perkhabaran bahawa Avengers: Endgame mungkin adalah filem terakhir untuk para Avengers bergabung. Dengan pelbagai projek merentas layar kaca dan layar lebar, Marvel semestinya sedang mencari perkara baru untuk mengelakkan terjadinya 'superhero fatigue' dan merudumkan kutipan tiket.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan