'Avengers: Endgame' Secara Rasmi Jadi Filem Kutipan Tertinggi Mengatasi 'Avatar'


Filem Avengers: Endgame kini secara rasminya telah menewaskan Avatar dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Sebelum ini, ramai yang menjangkakan bahawa kutipan filem ini akan gagal untuk menewaskan Avatar, tetapi nampaknya ramalan itu silap. Filem Avatar arahan James Cameron kini tewas ke tangga kedua!


Perkara ini dilaporkan oleh Variety dimana Avengers: Endgame kini sudah mencecah USD2.7892 billion dalam kutipan global dan akan mencapai target USD500 ribu jualan tiket yang diperlukan untuk mencantas kutipan Avatar yang berjumlah USD2.7897 billion. 

Alan Horn, Ketua Pegawai Kreatif Disney bersama Pengarah Bersama Disney mengeluarkan kenyataan kepada Marvel Studio mengucapkan tahniah atas kejayaan itu: 
A huge congratulations to the Marvel Studios and Walt Disney Studios teams, and thank you to the fans around the world who lifted ‘Avengers: Endgame’ to these historic heights.Of course, even with the passage of a decade, the impact of James Cameron’s Avatar remains as powerful as ever, and the astonishing achievements of both of these films are ongoing proof of the power of movies to move people and bring them together in a shared experience. The talented filmmakers behind these worlds have much more in store, and we look forward to the future of both the Marvel Cinematic Universe and Pandora.
Ini pastinya satu kejayaan besar buat Marvel Studios dan para peminat filem superhero MCU itu pastinya berasa gembira. Walaupun kutipan filem itu berbeza hanya sedikit, ianya adalah kejayaan yang besar buat Marvel Studios. 

Marvel Studios sudah mengumumkan barisan filem dan siri untuk Phase 4 Marvel Cinematic Universe yang bakal memulakan tayangannya seawal tahun 2020 di San Diego Comic-con.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan