'Avengers: Endgame' Baru Masukkan Post Kredit Watak [SPOILER], Tribute Stan Lee Dan Mesej Dari Pengarah


Belum habis lagi tayangan Avengers: Endgame di serata dunia, para penonton MCU dikejutkan dengan filem versi terbaru yang bakal mempunyai beberapa ubahsuai. Terdahulu, kita didedahkan bahawa Avengers: Endgame versi release semula ini akan menambah 7 minit babak baru. Didedahkan juga bahawa akan ada deleted scene dan juga penambahan lain.


Kini, menerusi satu status di laman Twitter dari Movie Details Twitter, nampaknya apa yang bakal ditampilkan dalam versi baru Avengers: Endgame didedahkan.

Versi terbaru filem Avengers: Endgame akan menampilkan post kredit yang menampilkan watak The Hulk, sebuah tribute kepada Stan Lee dan juga pesanan daripada Russo Brothers. Penambahan ini memungkinkan sesetengah penonton kembali ke pawagam untuk menonton filem berkenaan. Namun, bagi sesetengah lagi, mungkin akan mengabaikannya.

Adakah korang akan menonton filem Avengers: Endgame di pawagam buat kali kedua?  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan