Kenapa Watak Yang Jadi Debu Tidak Meningkat Usia, Ini Jawapan Pengarah 'Avengers: Endgame'

Pengarah Avengers: Endgame menjawab persoalan kenapa watak yang menjadi debu tidak menjadi dewasa, bertambah 5 tahun usia walaupun selepas mereka kembali daripada menjadi debu. Persoalan ini dijawab dalam satu sesi soal jawab yang diadakan di Smithsonian Air & Space Museum di Washington.


Menurut We Got This Covered, yang mana memetik kenyataan daripada pengguna Reddit yang menghadiri sesi itu, Russo Brothers memberitahu yang itu ialah niat daripada Tony Stark sendiri. Seperti mana yang kita tahu, pengguna Infinity Stones mesti mempunyai niat yang tersendiri. Dan apabila Tony Stark menggunakan kesemua batu, niatnya hanyalah untuk mengembalikan kesemua yang menjadi debu. 

Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa para Avengers hanya bermatlamat untuk mengubah apa yang Thanos lakukan dan bukannya mempunyai niat yang lebih daripada itu. Namun, hal ini juga turut menimbulkan beberapa plot hole yang mungkin akan menyebabkan Marvel perlu menyelesaikan beberapa perkara ini di dalam filem mendatang.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan