[VIDEO] Lihat Kehebatan Pelakon Daniella Sya Beraksi Untuk 'Abang Long Fadil 3'



Pelakon Daniella Sya yang sebelum ini menyerlah melalui siri KL Gangster: Underworld kini juga sebahagian daripada pelakon filem Abang Long Fadil 3. Pelakon ini ialah barisan pelakon yang terbaru bakal menghiasi dunia filem Abang Long Fadil selepas sebelum ini, Elizabeth Tan diumumkan sebagai pelakon yang turut serta.



Di laman Instagramnya, Daniella Sya mempamerkan video latihan yang dijalaninya sebelum melakonkan wataknya. 




Ternyata, lakonan Daniella Sya pasti akan mencuri tumpuan. Filem Abang Long Fadil 3 bakal diarahkan sekali lagi oleh Syafiq Yusof. Filem ini turut menampilkan watak-watak dari filem sebelumnya dan bakal menampilkan aksi yang lebih matang dan bercorak Hollywood!

Tarikh tayangan filem Abang Long Fadil 3 masih belum ditentukan.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan