Sekuel Filem 'The Nun' Kini Dalam Proses Perancangan Untuk Difilemkan


Penerbit untuk filem dalam francais The Conjuring, Peter Safran mengesahkan bahawa sekuel kepada filem The Nun kini dalam proses perancangan. Malah, kisah yang bakal difilemkan sudah pun ada dan kini bersedia untuk dirangka untuk proses pembikinan filem. Walaupun The Nun mendapat kritikan negatif, nampaknya sekuel masih mahu dihasilkan. 


The Nun ialah sebuah filem yang mana berlaku di era 1952 yang mana menjadi pemula kepada kisah Valak. Filem tersebut yang mana ditayangkan pada tahun 2018 berjaya mengutip kutipan sebanyak USD365.6 juta dengan hanya bajet asal berjumlah USD22 juta. Dengan keuntungan ini, pastinya sekuel mahu dibikin. 

Buat masa ini, francais filem The Conjuring sudah ada barisan filem yang sedang menanti. The Curse of La Llorona, Annabelle Comes Home dan juga The Conjuring 3 bakal disajikan dahulu sementara kita menunggu kisah The Nun 2 dihasilkan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan