'Avengers: Endgame' Tampilkan Watak Gay Secara Terbuka Buat Pertamakalinya Dalam MCU


Selepas 22 filem dalam dunia MCU, Marvel Studios akhirnya memperkenalkan watak gay secara terbuka buat pertamakalinya dalam dunia MCU. Filem yang mana menjadi konklusi kepada francais filem Avengers itu menampilkan watak kecil lakonan Joe Russo yang mana merupakan seorang lelaki gay. 


Watak tersebut muncul sekejap sahaja dan bukanlah watak superhero. Dia dilihat meluahkan perasaan apabila lelaki yang dia sayanginya lenyap akibat daripada petikan jari Thanos dalam filem Avengers: Infinity War. 

Karakter tersebut merujuk kekasihnya itu dengan kata ganti nama 'he' sekaligus mendedahkan bahawa kekasih lelaki itu ialah seorang lelaki. Dalam satu temubual bersama Deadline, Russo mendedahkan yang mereka mahukan watak gay dalam filem Avengers arahan mereka. 

Kevin Feige terdahulu melaporkan bahawa filem yang memaparkan watak superhero LGBT kini sedang dalam perancangan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan