Syafiq Yusof Dedah Awal Kejutan 'Misteri Dilaila' Gara-Gara Tekanan Netizen


Kejutan yang dirancang untuk diumumkan pada hari ke tujuh tayangan Misteri Dilaila terpaksa dianjak lebih awal gara-gara tekanan netizen. Pagi ini, di Era.Fm, Syafiq Yusof, pengarah Misteri Dilaila mendedahkan dan mengesahkan bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Hal ini sekaligus menjawab persoalan tentang ending berbeza filem berkenaan.


Pada asalnya, Syafiq Yusof merancang untuk mendedahkan 'kejutan' itu pada hari ketujuh tayangan. Namun, kerana netizen yang mula cuba untuk mencari pawagam yang menayangkan versi setiap filem, Syafiq Yusof terpaksa mengalah.



Apapun, promosi filem Misteri Dilaila sememangnya luar biasa. Sekaligus, ianya berjaya mencetuskan pelbagai andaian dan perbincangan terhadap misteri yang menyelubungi kehilangan Dilaila.

Misteri Dilaila kini di pawagam.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan