Kutipan 'Misteri Dilaila' Tak Pecah Rekod, Pengarah Dedah Bukan Bikin Untuk Untung



Syafiq Yusof mendedahkan bahawa tujuan dia membuat filem dengan dua ending bukanlah untuk mengaut keuntungan berganda. Perkongsian di laman Twitternya mendedahkan bahawa kutipan filem berkenaan tidaklah mengutip kutipan yang memberansangkan tetapi sebaliknya dia bersyukur dengan perkara yang dia buat.

Mengikut apa yang dikatakan, filem Misteri Dilaila tidak mampu lagi memecahkan rekod kutipan mana-mana filem. Namun, kepuasan dia membina naratif yang baru dan segar adalah perkara yang menjadi objektif utama dia membikin filem berkenaan.


Apapun, diharapkan Misteri Dilaila berjaya mengutip kutipan yang memberansangkan walaupun tidak berjaya mencuri tumpuan seperti Munafik 2 garapan abangnya, Syamsul Yusof. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan