Header Ads Widget

Biar Benar!! 'Misteri Dilaila' Ada Dua Penamat Yang Berbeza?


Misteri Dilaila mungkin antara filem pertama seumpamanya di Malaysia yang mencetuskan perdebatan yang tersendiri di kalangan penonton. Apa tidaknya, selesai sahaja menonton filem berkenaan yang sudah mula ditayangkan, rata-rata berdebat dengan ending filem ini yang mana didapati berbeza di pawagam yang berbeza.


Buat pertamakalinya, mungkin Misteri Dilaila ialah filem Malaysia pertama yang hadir dengan dua ending. Setiap ending akan berbeza mengikut lokasi pawagam yang korang tonton. Selalunya, di Hollywood, ending yang berbeza ini sudah biasa diamalkan. Selalunya, penerbit akan memilih satu ending untuk dipaparkan di pawagam. Dan sesetengah filem memilih untuk menayangkan ending yang lain pula untuk versi Blu Ray.





Tetapi, tidak pernah lagi didengari filem Hollywood yang punya dua ending ditayangkan serentak! Kecualilah filem tersebut filem interaktif yang boleh dilayan di Youtube mahupun Bluray! Pawagam? Tidak sama sekali.

Approach Syafiq Yusof ini mencetuskan reaksi dan keterujaan penonton. Apa kata, korang layan filem Misteri Dilaila dan kongsikan pengalaman korang di group Komuniti Suka Filem! Joommm...

Misteri Dilaila kini di pawagam!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments