Nick Jonas Tawarkan Diri Untuk Berlakon Watak Batman Dalam Filem 'The Batman'

Pelakon yang mana pernah berlakon dalam filem-filem Disney, Nick Jonas menawarkan diri untuk menjadi pelakon yang menggantikan Ben Affleck sebagai watak Batman. Sebelum ini, Ben Affleck diumumkan telah melepaskan watak Batman yang dilakonkannya dalam filem Batman vs Superman yang merupakan sebahagian daripada dunia filem DCEU.


Nick Jonas telah meletakkan sebuah komen di Instagram Hyperbest dengan menyatakan,
First name Nick. Last name Jonas.
Tak tahulah sama ada dia melawak atau serius, pelakon filem Jumanji: Welcome To The Jungle itu kelihatan mengambil tahu tentang berita pemergian Ben Affleck sebagai Batman itu. Namun, ramai peminat kelihatan banyak mengharapkan bahawa pelakon seperti Christian Bale dan Keanu Reaves menggantikan Ben Affleck.

 Apabila memikirkan bahawa pengarah The Batman mahukan Batman yang lebih muda, mungkin juga Nick Jonas kelihatan sesuai untuk watak itu. Apapun, semuanya hanyalah sekadar spekulasi buat masa ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan