'Aquaman' Cecah USD1 Billion, James Wan Kini Sebaris Dengan James Cameron

Aquaman dilaporkan sudah mencecah kutipan USD1 billion di seluruh dunia sekaligus menjadikan pengarahnya, James Wan sebagai pengarah kedua selepas James Cameron yang mempunyai dua filem yang mencecah USD1 billion. James Cameron mempunyai dua filem dengan kutipan 1 billion iaitu Titanic dan Avatar dan kini James Wan menambah rekodnya dengan Aquaman dan sebelum ini, Fast and Furious 7.


Filem dari universe filem DCEU ini menjadi antara filem laris selepas Wonder Woman. Aquaman mengisahkan Arthur yang mana kembali ke dunia Atlantis untuk merampas kembali takhta yang mana bakal ditakluki oleh adik tirinya, Orm yang mahu merancang perang antara dunia laut dan dunia darat.

Di Instagram dan Twitter, Jason Momoa dan James Wan memberikan ucapan apresiasi mereka.


 Selepas Aquaman menjangkau ekspektasi, nampaknya berkemungkinan besar kita akan melihat sekuelnya diterbitkan kelak. Aquaman masih lagi boleh dilayan di pawagam berhampiran. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan