'Dabangg 3' Ditunda Ke Tahun 2020 Kerana Kegagalan 'Thugs of Hindostan' Di Pawagam?

Dabangg 3 mungkin ditunda tayangannya kerana Salman Khan mahukan skrip yang lebih baik daripada sekarang. Perkara ini terjadi berikutan filem Thugs of Hindostan yang gagal mengutip kutipan yang memberansangkan.


Malah, beberapa filem lain seperti Jab Harry Met Sejal lakonan Shah Rukh Khan, dan juga Tubelight dan Race 3 juga tidak menyerlah sekaligus merisaukan Salman Khan.

Bollywood Hungama menyatakan bahawa filem Dabangg 3 yang disasarkan tayangannya pada Krismas tahun 2019 dianjak ke tahun 2020. Perancangan untuk memulakan penggambaran pada Februari 2019 mungkin terpaksa ditunda.

Buat masa ini, Salman Khan sibuk menjalani penggambaran untuk filem Bharat.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan