Projek Filem 'The Flash' Ditunda Lagi Tiga Tahun

Penggambaran filem The Flash dilaporkan kini ditunda ke tahun 2019. Ini bermakna, filem ini tidak akan ditayangkan sehinggalah 2021, itupun jika perancangannya tidak ada masalah. The Flash ialah antara filem yang dirancang dalam DCEU semenjak dari 2014 dan mana dirancang untuk ditayang awal tahun 2018.


Variety melaporkan bahawa filem The Flash tidak akan memulakan penggambaran sehingga lewat 2019. Ini mungkin memberi ruang kepada proses penstrukturan semula DC Films yang mana kini mempunyai perancangan untuk membina DCEU dengan lebih sempurna.

The Flash yang bakal diarahkan oleh pengarah Game Night, Jonathan Goldstein and John Francis Daley mungkin memerlukan perancangan rapi untuk membuatkan struktur cerita dalam dunia DCEU lebih sempurna. Antara sebab penundaan ini ialah skrip yang masih belum siap dan studio yang masih belum bersedia untuk memulakan penggambaran.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan