Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]


Paskal ialah sebuah lagi filem yang memberikan definisi baru terhadap filem Malaysia. Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Gambit Saifullah, Amirul Affendi dan juga Nam Ron ini berkisar tentang pasukan PASKAL yang mana mempunyai misi-misi khas yang perlu diselesaikan. Di samping itu, elemen kekeluargaan dan persahabatan menjadi antara bumbu cerita filem ini.


Kami akan huraikan apa rasional ending filem ini dan apakah kesannya terhadap filem ini di masa depan. Apa yang korang akan baca ni mempunyai MAJOR SPOILER. So, better korang jangan teruskan pembacaan jika masih belum menonton filem ni.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

HURAIAN BABAK AKHIR FILEM ‘PASKAL’


Di babak akhir filem, insiden serangan lanun di pelantar minyak menjadi fokus. Pada masa ini, Arman hadir bersama pasukannya atas motivasi untuk menyelamatkan Lily dan juga pekerja pelantar minyak. Zariff/ Jeb yang menjadi pembantu kepada lanun yang menawan pelantar minyak makin menyukarkan misi.

Jeb ialah bekas Paskal. Jadi, tindakan pasukan Alpha dibawah arahan Arman mudah dijangka. Dalam serangan akhir, lanun lakonan Amerul Affendi dibunuh ketika melarikan diri menaiki bot di sempadan lautan Filipina dan Malaysia. Di pelantar minyak, Arman dan Jeb bertarung one to one. Di penghujungnya, Jeb jatuh dari pelantar minyak dan sempat diselamatkan oleh Arman.

Malangnya, Jeb menggunakan jiwa kasihan Arman untuk menembak Arman menyebabkan dia jatuh kembali ke dalam laut. Setiba di daratan, kita lihat bagaimana perubahan ibu Arman yang memahami bagaimana tugas Arman selepas menyelamatkan Lily.

ADAKAH ARMAN MELEPASKAN JAWATANNYA SELEPAS ITU?

Persoalan ini nampaknya tidak dijawab di penghujung filem. Di awal filem, kita lihat Arman bergelut sama ada mahu menunaikan tanggungjawabnya kepada negara ataupun kepada ibunya yang keseorangan. Emosi Arman ini menjadi antara perkara terpenting untuk memperlihatkan persepsi masyarakat terhadap dunia Paskal. Namun, nampaknya, kita tidak dapat melihat sama ada Arman masih bakal menyambung tugasnya sebagai Paskal, atau memilih untuk terus memilih tugas sebagai jurulatih di Lumut, perak.

Buat masa ini, secara teorinya, dengan ibunya yang sudah pun memahami bagaimana anaknya itu bekerja, semestinya hubungan dia dengan ibunya akan kembali rapat. Hal ini mungkin akan menyebabkan ibunya membatalkan niatnya untuk ke Lumut dan mati di sana. Berkemungkinan juga, Lily ialah seorang yang akan terus menjaga ibu Arman semasa ketiadaan Arman.

Secara teorinya juga, masih ada ruang untuk Arman memilih untuk terus bersama Paskal daripada memilih untuk menjadi jurulatih. Arman seperti sudah mendapat kekuatan dan juga arah tuju yang betul. Sepertimana yang Ustat cakap semasa mereka bertemu, Arman sudah berjaya memilih cabang yang betul untuk dirinya.

Dari aspek perfileman pula, ketiadaan Arman dalam team, jika adanya sekuel untuk filem ini pasti akan memberi rasa cacat kepada filem sekuel. Arman antara watak yang boleh dikatakan berjaya dan pastinya, secara teori, kita pasti Arman tidak jadi untuk berhenti daripada menjadi anggota pasukan Paskal.

APA NASIB ZARIFF/ JEB? MATI ATAU TAK?



Zariff ialah watak yang selama ini disembunyikan. Ianya ialah the biggest twist dalam filem ini yang memberi gambaran bahawa anggota Paskal juga boleh menjadi ganas dan di luar kawalan. Watak Zariff juga dipaparkan sebagai watak yang ego dan juga mahu ke depan. Sifatnya yang sentiasa bertindak sendirian membuatkan operasi sentiasa caca merba.

Namun begitu, di akhir filem ini, Zarif telah mengkhianati usaha Arman untuk menyelamatkannya dari terjatuh ke dasar laut selepas tergelincir dari pelantar. Namun, persoalannya, adakah Arman sudah mati, atau masih lagi ada ruang untuk dia wujud dalam sekuel filem ini?

Pada aku, secara teori, Paskal mungkin menunjukkan bagaimana Zariff menggunakan kemahirannya untuk memonopoli lanun yang kononnya menjadi ketua kepadanya. Dalam babak akhir filem, kita juga lihat bagaimana Zariff mempergunakan lanun lakonan Amerul Afendi untuk niatnya yang peribadi. Dan ianya berakhir dengan malapetaka.

Kita lihat Zariff jatuh ke dalam laut. Namun, kita tidak lihat mayatnya. Jadi, persoalan sama ada Zariff mati atau terselamat masih tidak ada jawapan. Paskal seolah-olah menyimpan jawapan kepada soalan ini untuk sekuel mendatang, mungkin. Namun, buat masa ini, nasib Zariff boleh dikira tidak diketahui.

Jika Zariff masih hidup, berkemungkinan Paskal 2 mungkin akan lebih ganas dan menakjubkan. Semestinya di dalam sekuel filem ini, jika ada, kita akan melihat bagaimana Zariff lebih menonjol dan berbahaya kerana dia kini ialah target yang sebenar dan menjadi ujian terbesar bagi team Paskal yang diketuai Arman.

KESIMPULAN

Beberapa plot yang ditinggalkan tidak berjawab memberikan ruang kepada pembinaan sekuel filem ini di masa hadapan. Paskal ialah sebuah filem aksi yang terhebat untuk era baru filem tempatan. Semestinya, penonton mahukan sekuel yang lebih umphhh di masa hadapan. Namun, buat masa ini, Paskal mungkin akan kekal sebagai filem solo jika rakyat Malaysia tidak memberikan sokongan terhadap filem ini.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan