Singapura Larang Penonton Di Bawah Umur 16 Tahun Tonton 'Munafik 2'

Munafik 2 kini sudah ditayangkan di Singapura. Filem yang masih lagi menjadi fenomena di Malaysia walaupun sudah masuk minggu ketiga tayangan ini masih lagi hangat diperkatakan. Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Syamsul Yusof dan Maya Karin. Selain itu, Nasir Bilal Khan turut terlibat dalam filem ini.


Dalam satu laporan oleh Filemkita, Singapura nampaknya melarang penonton di bawah umur 16 tahun untuk menonton filem Munafik 2 kerana mempunyai adegan yangmengerikan.
Hal ini sekaligus menjadikan Hantu Kak Limah berada di ranking lebih tinggi daripada Munafik kerana limitasi audiens yang dikenakan. Di Singapura, Hantu Kak Limah mendapat pengkelasan PG13,manakala Munafik 2 pula mendapat klasifikasi NC16. 

Catat Ulasan

0 Ulasan