Pengarah Dedah Perihal Plot Filem Spin-off 'The Conjuring' Terbaru, 'Annabelle 3'

Universe filem The Conjuring bakal kembali dengan sekuel filem Annabelle 3, dan pengarahnya, Gary Dauberman dah berkongsi sedikit maklumat berkaitan plot filem tersebut yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Dunia sinematik The Conjuring mungkin tidaklah sehabat DCEU dan juga MCU, namun mereka ada peminatnya tersendiri.


Sebagai contoh, filem The Nun berjaya mencatatkan rekod pembukaan tertinggi iaitu sebanyak USD50 juta berbanding filem The Conjuring yang membuka tayangan dengan hanya USD41 juta. Walaupun pengkritik tidak menyukai The Nun, para penggemar filem tidak henti-henti memenuhkan pawagam untuk melihat kesinambungan dunia The Conjuring ini.

Selepas The Nun, Annabelle 3 akan muncul pada 2019. Filem ini ialah filem ketiga dalam kisah anak patung Annabelle yang mula terkenal melalui filem The Conjuring. Pengarahnya, Gary Dauberman ketika ditemubual Slash Film memberikan beberapa info baru berkenaan plot filem Annabelle 3:
That’s going to go before cameras mid-October so I’m deep in prep on that now. We’re bringing the franchise back home after being so far away in Romania. It’s set in the Warrens’ house. It’s what happens when Annabelle comes into the artifact room. Much like Swamp Thing, what happens when Annabelle comes into the artifact room and how she affects her environment. 
Gary Dauberman memberitahu bahawa Annabelle 3 akan berlaku ketika artifak itu ditempatkan di bilik artifak. Kisah kali ini akan memperlihatkan bagaimana patung itu mempengaruhi persekitarannya. Namun, pengarah Annabelle tidak memberitahu sama ada watak pasangan Warren akan muncul dalam filem itu atau tidak.

Filem Annabelle 3 dijangka tayang pada 2 Julai 2019. Filem ini akan menyaksikan Gary Dauberman menjadi pengarah filem ini buat pertamakalinya selepas hanya berkhidmat sebagai penulis skrip sahaja untuk filem sebelum ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan