Nam Ron Minta PDRM Jangan Boikot 'One Two Jaga'


Pengarah One Two Jaga, Nam Ron menyatakan bahawa isu rasuah dalam filem tersebut tidak mencalarkan imej PDRM. Filem tersebut dikatakan dibikin untuk memberi pengajaran dalam membendung isu rasuah di kalangan penguat kuasa. Filem One Two Jaga baru-baru ini dikatakan diboikot oleh anggota polis.
Karya ini bukan mahu mencalarkan nama atau suruh orang membenci polis. Kalau nak diikutkan gejala rasuah ada dalam semua bidang kerjaya. Tetapi filem ini memilih profesion polis dalam mengetengahkan isu ini. Malah, One Two Jaga mengupas betapa mencabarnya pasukan PDRM memerangi rasuah. Jadi, saya tak rasa ia mencalar atau memalukan PDRM. Kita menceritakan sesuatu yang baik... Tak perlu nak boikot.
Bercakap kepada BH Online, Nam Ron menyatakan bahawa pihaknya memilih untuk mengetengahkan isu rasuah di kalangan polis walaupun rasuah itu ada dalam semua bidang kerjaya.  Namron menganggap bahawa mana-mana pihak yang memboikot itu mungkin sebenarnya panas hati dengan isu yang dipaparkan.
Sebelum penggambaran dijalankan, PDRM daripada awal sudah menyokong filem ini, malah meluluskan skrip selepas ditapis. “Saya percaya, kalau hati bersih, karya ini tidak akan menjadi isu. Tetapi jika mereka tidak jujur dengan kerjaya mereka, maka One Two Jaga akan dibenci.
One Two Jaga kini sedang ditayangkan di pawagam. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan