Henry Cavill Masih Kekal Sebagai Superman, Warner Bros Keluar Kenyataan Rasmi

Warner Bros Pictures telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan laporan yang menyatakan Henry Cavill tidak lagi akan melakonkan watak Superman dalam sebuah filem DCEU akan datang. Henry Cavill yang muncul buat pertamakalinya sebagai Superman dalam filem Man of Steel pada tahun 2013 mempunyai peranan yang besar dalam pengembangan dunia DCEU.


Walaupun filem Superman kelihatan seperti disisihkan buat sementara, peminat masih mengharapkan adanya filem Man of Steel 2. Perancangan ini dikatakan sudah ada namun tiada kenyataan rasmi dari Warner Bros sendiri berkenaan hal ini.

Henry Cavill kembali menjadi sebutan selepas dia dikatakan akan terlibat dalam siri Netflix, Witcher. Dan disebabkan Warner Bros sedang merancang filem Supergirl, laporan yang menyatakan Henry Cavill akan meninggalkan watak lakonannya sebagai Superman kelihatan benar. Malangnya, ianya tidaklah betul pun!

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Warners Bros Pictures, Henry Cavill masih lagi kekal sebagai pelakon Superman. Berita pemecatan ini datang daripada sumber tidak rasmi iaitu ejen kepada Henry Cavill sendiri yang telah memuat naik status itu di media sosial. Ramai yang menyatakan ini ialah taktik untuk memperlihatkan reaksi peminat supaya kontrak Henry Cavill disambung.
While no decisions have been made regarding any upcoming Superman films, we've always had great respect for and a great relationship with Henry Cavill, and that remains unchanged.
Superman dilaporkan akan membuat cameo dalam filem Shazam namun disebabkan jadual padat, cameo itu tidak dapat dilaksanakan. Jadi, buat masa ini, tenang-tenang sahaja. Henry Cavill masih lagi ada di hati Warner Bros untuk kekal sebagai Superman.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan