Andy Lau Rai Kejayaan 'Hantu Kak Limah, Kru Dan Pelakon Dapat Bonus!

Hantu Kak Limah yang menjadi fenomena akhirnya membuka hati selebriti terkenal Hong Kong, Andy Lau untuk turut turun ke Kuala Lumpur untuk meraikan kejayaan filem tersebut pada 5 September yang lalu. Pelakon terkenal Hongkong yang berusia 57 tahun itu merupakan pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainment Group.


Infinitus Gold, yang merupakan anak syarikat kepada Infinitus Entertainment Group pertamakali bekerjasama dengan Astro Shaw untuk menerbitkan filem Hantu Kak Limah. Andy Lau menzahirkan ucapan tahniahnya kerana kejayaan filem tersebut. Filem Hantu Kak Limah kini sudah menghampiri kutipan RM40 juta selepas ditayangkan hampir sebulan.

Selain Andy Lau, hadir bersama ke majlis tersebut yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur ialah barisan pelakon Hantu Kak Limah danpengarahnya, Mamat Khalid. Selain itu, pengasas bersama Infinitus Gold, Datuk Seri Robin Tan dan penerbit eksekutif Hantu Kak Limah, T.P Lim turut hadir memberi sokongan.

Andy Lau juga mengumumkan pemberian bonus kepada tenaga produksi termasuk kru dan pelakon yang bertungkus lumus menjayakan filem Hantu Kak Limah. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan