Ulasan Filem: Hantu Kak Limah (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Mamat Khalid
Pelakon | Awie, Delimawati, Ropie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose

Hantu Kak Limah ialah filem ketiga dalam siri filem Kak Limah. Perlu korang ketahui, walaupun filem Kak Limah berlaku dalam Kampung Pisang, perlu diketahui bahawa Universe Kampung Pisang dibahagikan kepada dua arc. Satu ialah arc Kak Limah, dan satu lagi arc Zombie. So, dua duanya tidak saling bersentuhan walaupun berlaku dalam kampung yang sama.

Selepas sedikit gagal dengan Lebuhraya Ke Neraka pada tahun 2017, Mamat Khalid nampak buat u-turn balik ke naskah Kak Limah untuk cipta fenomena baru selepas filem pertama terbit 2010. Yup, sekuel Hantu Kak Limah iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit sedikit gagal, dan Mamat Khalid mahu menebus maruah kembali.

Dan ibarat sebuah kemenangan yang tidak dijangka, dengan formula baru yang berjaya me'reset' filem Kak Limah sebagai sebuah filem horror comedy segar, Mamat Khalid bangkit dengan kejayaan yang tidak dijangka ini.

Pada aku, Hantu Kak Limah memang tak nampak macam filem Mamat Khalid. Kita nampak selalunya, filem Mamat Khalid jarang ada muzik latar, syotnya pula jarang ada close up dan takdelah complicated sangat. Hantu Kak Limah ni modern, visualnya cantik especially warnanya. Modern gitu.

Selain itu, suntingan Hantu Kak Limah lebih pantas dan juga sentiasa cemas. Elemen muzik skornya juga begitu mencengkam sehingga berjaya menimbulkan seram yang serius dalam jenaka yang bergaya.

Uniknya filem Hantu Kak Limah ni ialah untuk kali ini, Kak Limah memang betul betul seram. Ianya tak lagi macam dulu. Memang ada scene yang meremang dan ada scene lawak. Namun, perlu di ingat, ini ialah filem seram komedi. So, seramnya memang jenaka dan tidaklah tahap seram serius pun.

Lakonan Ropie sememangnya mencuri perhatian sekaligus mengalahkan Awie yang menjadi tunjang utama filem ini. Ropie berjaya mengalahkan beberapa watak lain seperti Husin, Solihin dan juga Khuda. Walaupun lakonan Ropie sebagai Nayan sedikit, babaknya sentiasa energetik dengan lawaknya yang hebat!

Lagu Srikandi Cintaku dan juga Hatiku Luka Lagi sememangnya perfectly fit dalam situasi dan memang akan menjadi siulan. Malah, punchline filem ini bersepah dan lebih banyak daripada biasa. Ianya ibarat sebuah filem mega yang penuh dengan pesta kenangan dan juga easter egg kepada zaman dahulu.

Mamat Khalid tidak lekang dalam menyindir masyarakat Melayu terutamanya dalam filemnya. Dan filem ini tidak lekang daripada unsur itu. Namun begitu, unsur sindiran dalam filem ini agak tenggelam kerana komedi filem ini nampak lebih menonjol daripada kritikan masyarakat Mamat Khalid. Malah, beberapa babak sindiran kelihatan seperti dipaksa untuk berada di situ.

Apapun, aku boleh sifatkan Hantu Kak Limah sebagai sebuah karya Mamat Khalid yang lari daripada gaya persembahannya yang biasa. Persembahannya jauh menyimpang daripada persembahan filem Mamat Khalid sebelum ini. Mungkin Mamat Khalid sedang mencuba betapa enaknya membikin Hantu Kak Limah dalam versi lebih komersil dan mampu kaut duit.

Hantu Kak Limah sememangnya komedi pecah perut. Tidak dinafikan some scene yang diulang untuk beri tribute tu sedikit krik-krik, tapi overall, filem ini memang super lawak. Mungkin filem Hantu Kak Limah ialah filem paling lawak dan kreatif bagi filem 2018. Tonton Hantu Kak Limah dan anda dapat lihat evolusi jenaka dalam filem Malaysia!

4/5


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan