Perang antara filem-filem besar Malaysia kini sedang berlaku. Semenjak bulan Julai lagi, filem berprofil tinggi terbitan syarikat tempatan mula menjengah pawagam. Bermula dengan Pulang, kemudiannya diikuti Hantu Kak Limah, dan seterusnya akan menjelma, Munafik 2. Pulang agak gagal dari segi kutipan, dan Hantu Kak Limah berjaya.
Dengan berjayanya Hantu Kak Limah menjadi filem paling laris di Malaysia, ramai yang mengakui bahawa kutipan filem tersebut sukar ditandingi oleh filem Malaysia yang lain. Seorang pengguna Twitter, Asyraf HighTech mempersoalkan filem Munafik yang pernah mengutip RM19 juta pada tayangannya tahun 2016 yang lalu.
Dulu bukan @SyamsulYusof84 selalu berlagak film dia top grossing ke? #tanyaje https://t.co/ZpdE0qC7ah— Asyraf HighTech (@exploreasyraf) August 21, 2018
Syamsul Yusof lalu membalas status Twitter tersebut dengan tenang.
Pergh siap mention nama sy.Jgn tuduh mcmni brader.why?Rezki film2 aku top grossing dulu brader sakit hati ke?Ni la namanya rezki masing2..— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) August 21, 2018
Kebanyakan penyokong filem tempatan tidak bersetuju dengan persoalan yang dibangkitkan. Rata-rata menyokong Syamsul Yusof dan menyifatkan perbandingan untuk kutipan dua filem tersebut tidak wajar untuk dipersoalkan.
Apapun, Munafik 2 bakal di pawagam 29 Ogos 2018.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
0 Ulasan