Sekuel 'Zombie Kampung Pisang' Lebih Sopistikated Selaras Perkembangan Teknologi


Dalam masa tidak sampai dua minggu, Hantu Kak Limah mencatat fenomenanya yang tersendiri. Tiga rekod berjaya dipecahkan dalam tempoh itu termasuk menempa sejarah sebagai filem tempatan pertama mencecah kutipan RM20 juta. Ini sekaligus membuktikan bahawa filem ini bukanlah naskah lawak seram yang calang-calang.


Bercakap kepada Astro Awani, Penerbit Eksekutif Hantu Kak Limah, Datuk Khairul Anwar Salleh mendedahkan yang mereka sedang merancang untuk membina sekuel terbaru bagi siri filem Kampung Pisang yang mungkin dilupakan, Zombie Kampung Pisang.

Zombie Kampung Pisang diterbitkan pada tahun 2007 menjadi permulaan kepada francais Kampung Pisang yang bergerak dalam dua arc, iaitu kisah Kak Limah, dan Zombie Kampung Pisang yang mempunyai sekuelnya yang tersendiri. Melalui temubual itu, kita dapati bahawa Astro Shaw kini dalam perancangan untuk membina sebuah filem zombie yang lebih sofistikated dari filem sebelumnya.
Kita merancang filem zombi yang lebih sofistikated, memandangkan teknologi sekarang juga sudah semakin canggih. Tetapi tentu sekali kita tidak akan lupakan elemen kesederhanaan yang menjadi identiti filem Mamat Khalid selama ini.
Sepertimana yang kita tahu, Astro Shaw sentiasa mementingkan kualiti daripada kuantiti. Justeru itu, sesebuah sekuel bagi filem keluaran mereka pasti akan memakan masa untuk diterbitkan. Sekuel Polis Evo yang diterbitkan pada 2015 kini masih lagi belum muncul. Malah, sekuel ketiga Hantu Kak Limah ini juga keluar selepas 5 tahun dari sekuel sebelumnya. 

Apapun, kita doakan semoga sekuel ini berjaya direalisasikan.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan